Wednesday, March 5, 2014

JENIS JENIS BAJU MELAYU

JENIS JENIS BAJU MELAYU

Baju Melayu Teluk Belanga


seluar sampak ( paras peha )Baju Melayu Teluk Belanga atau Baju Kurung Johor mula diperkenalkan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar tatkala Almarhum bersemanyam di Teluk Belanga Singapura dan berpindah ke Tanjung Puteri pada tahun 1866 (kini dikenali Johor Bahru). Almarhum menetapkan supaya baju lelaki labuhnya sehingga kebawah punggung dengan leher yang berlapik lebar dan berkocek dua manakala baju perempuan pula labuhnya hingga bawah lutut dengan alas lehernya halus dan tidak berkocek. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan pada bahagian leher seperti mata lalat, tulang belut dan insang pari. Semasa pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pakaian tersebut telah diubah mengikut cadangan Allahyarham Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor Pertama, kocek pada baju lelaki ditambah menjadi tiga dan alas lehernya halus seperti baju perempuan dan diadakan satu kocek pada baju perempuan. Seluar yang dipakai disebut 'seluar kabul' yang bertongkah atau bertakak seperti seluar Cina dan kakinya lebih luas dari seluar yang dipakai dengan pakaian barat. Pada masa itu terdapat beberapa jenis seluar yang dipakai oleh orang lelaki iaitu;


  • seluar katok ( paras lutut )
  • seluar Acheh ( paras betis )
  • seluar panjang iaitu seluar pakaian orang barat.

Baju Melayu Cekak Musang


Baju kurung Cekak Musang adalah sama dengan baju kurung Teluk Belanga kecuali pada bahagian lehernya. Leher baju kurung cekak musang mempunyai kolar. Kolar tersebut hanya selebar satu jari dan kedudukannya menegak. Pada bahagian hadapan kolar ada bukaan panjang yang berkancing. Biasanya ada satu kancing pada kolar dan dua atau tiga lagi kancing pada bukaannya. Butang emas atau emas berbatu permata digunakan sebagai pengancingnya. Kancing yang paling terkenal ialah kancing emas yang dipanggil garam sebuku dan kancing berbatu permata yang dikenali sebagai kunang-kunang sekebun.

    Baju kurung cekak musang wanita boleh dipakai dengan seluar atau kain sarung. Seluar yang selalu digunakan ialah kain seluar panjang, seluar panjang dan seluar bambu. Jika mahu, samping dan selendang juga boleh dipakai bersama.

0 comments:

Post a Comment